KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DAN MINUMAN DALAM KEHIDUPAN KINI

Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan. Contohnya, semasa banjir melanda sesebuah kawasan.
Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmatikan di negara lain. Teknologi pengawetan makanan memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.
Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun.
Makanan yang diawet dapat disimpan lebih lama dan boleh memenuhi keperluan bekalan makanan sepanjang tahun.
Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran



Hubungkait antara kepentingan teknologi pengawetan makanan dan minuman dalam kehidupan kini dengan etika Islam dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan 



1) Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti

Kenyataan di atas bermaksud segala ciptaan dan rekaan bukanlah semata-mata bertujuan komersial atau untuk mendapatkan keuntungan. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan mampu melonjakkan prestasi manusia sebagai hamba Allah SWT. Contohnya, dengan meningkatkan kualiti melalui penggunaan bahan kimia bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. Walau bagaimanapun, penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukanlah untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.

Pelbagai bahan kimia digunakan dalam industri makanan utuk membawa manfaat kepada pengguna. Antaranya ialah tarikh luput makanan dapat dipanjangkan kerana makanan tidak rosak akibat tindakan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan menyebabkan makanan mudah disimpan, dipasarkan dan tahan lama. Malahan, makanan yang telah diawet dapat mengekalkan bentuk dan rasa makanan yang asli dalam beberapa tempoh masa. Selain itu, pembaziran makanan yang berlebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada waktu yang lain serta bekalan makanan mencukupi kerana makanan boleh dimakan di luar musimnya.

2) Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia

Berdasarkan kenyataan di atas, Segala rekaan dan alat yang dihasilkan oleh manusia hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak. Selain itu, setiap hasil rekaan yang dicetuskan tidak menjadi sebab umat  menjadi lalai daripada tugas sebagai seorang hamba kepada-Nya. Di samping itu, ciptaan yang dibangunkan haruslah mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Oleh itu, keselesaan bukan cara untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.

Teknologi makanan adalah menigkuti etika Islam yang telah ditetapkan dan dapat dibuktikan melalui kepentingan-kepentingan teknologi pengawetan makanan dan minuman  itu sendiri. Yakni , melalui teknologi pengawetan , makanan dan minuman disimpan dan di bawah ke mana-mana sahaja. Selain itu , makanan dan minuman yang diawet juga tahan lama . Hal ini jelas menunjukkan bahawa teknologi pengawetan makanan dan minuman merupakan penemuan sains dan kejurutureraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia 

Hubungkait antara kepentingan teknologi pengawetan makanan dan minuman dalam kehidupan kini tiga Kaedah Fiqh


1) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (Al-Umur Bi Maqasidiha)

Kaedah fiqh yang pertama ini menerangkan bahawa setiap perkara dan perbuatan adalah dinilai berdasarkan niat di mana apabila niat kita bagus maka baguslah kemenjadian sesuatu perkara yang kita lakukan. Jika tidak bagus niat kita maka sebaliknya. Kaedah ini juga membawa erti kata di mana setiap pertuturan atau perbuatan  ,maka kedudukan atau hukum bagi amalan atau perbuatan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuan seseorang itu melakukannya. Oleh itu , dalam melakukan  amalan atau sesuatu perkara seseorang individu haruslah sentiasa berniat baik dan tidak sama sekali melakukan amalan atau sesuatu perkara  niat yang tidak sepatutnya.

Jadi dalam teknologi pengawetan ini , individu yang menemukan teknologi ini adalah dikira mempunyai niat yang baik kerana tujuan utama penemuan teknologi pengawetan adalah untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada manusia. Hal ini dpat dibuktikan melalui kebaikan teknologi pengawetan yang dapat menjadikan makanan dan minuman itu tahan lebih lama yang secara tidak langsungnya dapat mengurangkan pembaziran makanan dan minman, senang di bawa ke mana sahaja dan senang untuk dikomersial kerana makanan dan minuman tersebut akan dapat bertahan lama di pasaraya.

2) Kesusahan membawa kemudahan (Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir)

Kaedah ini menerangkan bahawa Kesukaran yang mendatangkan kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada garis kesukaran biasa seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah sebagai pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah. 


Dalam teknologi pengawetan makanan dan minuman pada masa ini amatlah penting bagi memudahkan sesuatu makanan itu disimpan dalam bekas kedap udara agar makanan dan minuman itu bertahan dalam tempoh yang lama. Seperti yang kita tahu, menyimpan makanan dan minuman tanpa pengawetan membuatkan makanan dan minuman tersebut mudah rosak apabali hendak berjalan jahu, berkhemah dan lain-lain lagi. Hal ini membawa kepada kesusahan dan masalah bagi individu yang hendak menyimpan makanan dan minuman dalam tempoh masa yang lama. Jesteru itu, islam menyuruh kita untuk mencari ilmu yang berguna agar dapat membantu kita dalam kesusahan. Dalam kata lain, kita hendaklah berpikir bagi mengatasi masalah itu kerana dalam islam itu sendiri mengajar kita ﺍﻟﻣَﺸَﻘﱠﺔُ  ﺗَﺠْﻟِﺐُ ﺍﻟﺗﱠﻴﺴِﻴﺮ"  yang membawa maksud kesulitan mendatangkan kemudahan. Dalam erti yang lain, kaedah fiqh tersebut membawa erti  “Sesuatu kemudahan mengharuskan adanya kemudahan”. Ini membuktikan bahawa
Sesuatu hukum yang membawa kepada kesusahan atau memudaratkan dalam pelaksanaannya akan diringkan agar tidak memudaratkan lagi. Keringanan tersebut dalam islam dikenal sebagai istilah rukhsah. Sedangakn al-taisir secara etimologis membawa maksud kemudahan. Seperti dalam hadis nabi diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disebutkan
إن الد ين يسر
“Agama itu mudah, tidak memberatkan” (yusrun lawan dari kata ‘usyrun)

Dasar Hukum ﺍﻟﻣََﻘﱠﺔُ  َُِْ ﺍﻟﺗﱠﻴﺴِﻴﺮَ
Al-Qur’an (AL-Baqarah :185)
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ 
“…Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…”
Hadis yang di terima Abu Hurairah (dalam HR. Bukhari):
الدّينُ يُسرٌ اَحَبُّ الدِّ ينُ اِلَى اللهِ الحَنِيفِيَّةُ السَّمْعَةُ
Artinya :
Agama itu memudahkan, agama yang disenangi oleh Allah SWT adalah agama yang benar dan mudah.”


3) Kemudaratan hendaklah dihapuskan (Ad-Darar Yuzal)

Dalam kaedah ini menerangkan bahawa kemudaratan bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama,nyawa , maruah , keturunan ,akal dan harta .
Kaedah ini juga turut membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan.

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.


لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya“Tidak boleh seseorang itu memberi kemudaratan atau membalas kemudaratan dengan kemudaratan.”
Riwayat Ahmad (2865) dan Ibnu Majah (2340)

Menerusi riwayat tersebut ,dapat kita lihat dengan jelas bahawa dalam dilarang sama sekali memberi kemudaratan kepada diri sendiri mahu pun orang lain. Oleh itu dalam teknologi pengawetan , bahan yang digunakan dalam mengawet makanan haruslah tidak menggunakan bahan-bahan yang boleh mengundang kepada kemudaratan seseorang. Setiap kilang yang beroperasi dalam mengawet makanan hendaklah mengikut prosedur pengawetan makanan dan minuman yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan agar makanan dan minuman tersebut adalah selamat di makan dan diminum. Manakala dalam konteks Islam di mana umat islam adalah di haramkan untuk minum minuman keras dan sepertia yang kita alkohol merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk mengawet makanan. Oleh hal yang demikian , pihak yang bertanggungjawab dalam mengawet makanan hendaklah mengawet makanan menggunakan bahan yang halal sahaja. 





1 comment:

PENGENALAN

Blog ini merupakan blog yang dibangunkan bagi tugasan E-Folio di bawah kursus Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam. Tugasan E-Folio ini ...