Teknologi makanan (food technology) merupakan salah satu cabang bidang ilmu yang menggunakan sains dan kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan, pengagihan, penyediaan dan penggunaan makanan.
Salah satu teknologi makanan yang dapat kita lihat pada kehidupan kini adalah pengawetan makanan dan minuman.
Pengawetan makanan ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama (daripada segi kualiti, rasa dan nilai zat). Ia lazimnya melibatkan pencegahan pertumbuhan bakteria ,fungu seperti yis atau sebarang mikroorganisma (namun ada kaedah yang menambahkan bakteria atau fungus tidak berbahaya ke dalam makanan), selain membantutkan pengoksidaan lemak yang menyebabkan ketengikan. Pengawetan makanan juga boleh termasuk proses yang menghalang kemerosotan visual, seperti Pencoklatan enzimatik dalam epal selepas dipotong, yang boleh terjadi semasa penyediaan makanan.
No comments:
Post a Comment